SI GADIS

fynn jamal:
———-
menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

wani ardy:
———-
si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutur

wani ardy / ana raffali:
———————
lalu aku membalas:
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

ana raffali:
———-
si gadis terus meluah hampa hati
perlakuannya salah serba-serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal “bagaimana lagi?”

wani ardy / ana raffali:
———————
lalu aku berkata–
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?

fynn jamal:
———-
kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta, mana rasa, mana dia?
dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

wani ardy / ana raffali:
———————
lalu aku berkata–
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?

fynn jamal:
———-
perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah

ayuh gadis,
berhentilah kau menangis.

fynn jamal, wani ardy & ana raffali. satu kolaborasi satu masa dahulu, untuk 3 venus. tentang memujuk gadis halus hati yang sudah penat menggagah tulang belakangnya; ada masanya kalian perlu duduk juga. http://fynnjamal.blogspot.com/2011/01/si-gadis.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s